Pages

Sabtu, 21 Januari 2012

Sorotan Seminggu di EskayPP.

Assalamualaikum n selamat pagi semua !!


Syukur Alhamdullilah dapat kita bersua lagi dalam Duniaku MK..kali ni Mk minta maaf x dpat nak update daily Duniaku MK sebabnyer dah masuk minggu sibuk skit bila dah bergelar Sir. Apapun kali ni Mk ingin berkongsi sorotan seminggu apa aktiviti yang Mk lakukan.. :)


Selepas menerima tugasan Kokurikulum dari GPK KOko..Mk diarahkan untuk hadir pagi Rabu bersama2 dengan guru-guru lain untuk melatih kawad untuk Tunas Kadet Remaja Sekolah. Seramai 70 ahli dalam TKRS dan murid-murid terdiri daripada tahun 3.


Untuk permulaan murid-murid diberi pendedahan tentang asas kawad dan bagiamana untuk menerima arahan dari ketua unit. Murid-murid biarpun mereka masih baru mengenali badan beruniform tetapi kesungguhan mereka untuk belajar kawad amat mengagumkan.



Bagi pengurusan HEM pula, MK diberi tugas untuk menjaga rehat tahap 1-3 dan perlu memastikan mereka dalam keadaan terkawal semasa berada dikantin.  Melihat telatah mereka tahun 1-3 menjamah hidangan..teringat lak masa MK zaman sekolah rendah dahulu..what's goes around cames around ..hehe.

Menjadi guru baru adalah bukan satu bebanan buat MK untuk membantu guru senior dalam menyiapkan kerja-kerja disekolah. Lepas raya cina nanti, Mk akan membantu guru SPBT untuk menyiapkan carta organisasi dipapan kenyataan dan dibilik SPBT. Satu pengalaman baru.

Sepanjang minggu pertama Mk di EskayPP , Mk memulakan kelas relief sebagai booster untuk mempersiapkan diri untuk mendapat jadual rasmi dari pihak sekolah selepas cuti raya cina nanti..berdebar jugak lah ..incase dapat mana2 tahun untuk mengajar..apapun Mk will do it for the best !!

And lastly to all my chinese friend wish Gong Xi Fa Cai !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan