Alhamdullilah...bermula sudah isteriku sebagai tenaga pengajar program ASASI KUISCELL..Emkay malam ni menulis blog sambil tunggu Puan Nor habis mengajar...melihat karakter isteriku yang bersemangat untuk bertugas mengingatkan diri Emkay semasa melangkah kaki sewaktu latihan praktikum di SK Nusantara. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan if kali pertama mengajar...macam2 andaian nak jadi..hehe...apapun doa Emkay buat isteri tersayang...moga dipermudahkan segala urusan..AMIN.. U can do it my dear..
Tips Untuk Memulakan Kelas
Banyak rasanya tips untuk kita memulakan kelas. Atau bahasa guru kita panggil " Set Induction " atau Introduction. Antara yang selalu dipraktikkan adalah ;
1. Sesi perkenalan guru dan murid ( Sesi Ta'ruf)
2. Undang-undang kelas
3. Apa yang diinginkan oleh guru ( Hasil Pembelajaran )
4. Dan lain-lain.
Emkay sempat melihat murid-murid yang KUISCELL rata-rata dalam lingkungan umur 20an..dan mereka ini terdiri daripada pelajar Tahfiz..mereka menunjukkan sifat yang baik, yang mana datang ke kelas tepat pada waktunya. Kelas yang dinamakan Kelas Ibnu Khaldun..nama yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan